puasa

seperti tajuk diatas, kita akan berbincangkan tentang puasa ye tuan-tuan dan puan-puan. ;)

ehem ehem.

aku rasa puasa tahun ni adalah puasa yang paling ber-alar kadar sepanjang aku duduk kat UKM ni. tahun ni, baru sekali je aku berbuka puasa di luar. SEKALI ye. semalam, di Iceroom. tak sempat nak bertangkap gambar bagai sebab semua muka sangat eksited nak makan aiskrim dan lapar. 'sapa suruh korang datang lambat? haaaa. kan dah lambat sampai makanan kite. tu pun nasib baik gi reserve tempat. heh. ;)'

berbalik kepada tajuk, ye baru sekali. *ok ulang lagi* selebihnya aku hanya akan beli makanan di bazaar dan makan di bilik dengan Farhana Mohamad atau makan di bilik pesta dengan kanak-kanak sengal yang bising nak mampus sampai pening kepala siap ada peraturan, kalau siapa nak gelak atau bercakap kena angkat tangan dulu sebab tak tahu nak dengar yang mana satu sebab semua orang bercakap tak henti-henti lagi-lagi kalau ada Mas ngan Fana. sumpah boleh pecah perut beb. haih. tak pun kalau hari minggu aku akan ke rumah kakak aku yang debab debus comel tuh. tak jauh. kat Putra Permai je. memang jimat. sumpah. sehari tak lebih RM10 makan. haaa.. jimat tak? jimat tak? :)

tambah pulak dengan hal you-know-what berlaku malam 29 Ogos lepas, berhari-hari aku tak bukak puasa. maksud aku tak makan. aku teguk twister 2-3 teguk then masuk bilik balik. sahur lagi lah. jangan tanya aku bangun ke tidak. tapi sumpah tak rasa lapar. ada la dalam 3-4 hari aku camtu. tenaga aku memang betul-betul dapat dari air Twister Oren. 3-4 teguk sehari. haaa..jimat dah 4 hari..jimat tak? jimat tak? ;)

tahun lepas lain sikit. aku selalu buka puasa diluar. in fact hari-hari kot. kalau tak kat restoren, kami makan kat gerai.. kalau tak pun makan fast food ramai-ramai. 'kami' tu maksudnya masih lagi family pesta. tapi family pesta yang lepas. PK37. family sekarang PK38. nanti aku buat entri lain, aku cerita tentang family pesta je. jangan risau ok?

dulu aku selalu ikut MT37. MT tu maksudnya Majlis Tertinggi. orang-orang yang berjawatan tinggi la maksudnya, ye aku hang out dengan MT padahal aku AJK dasar je masa tu. haha. ikut sopi la nih. --" ok nanti aku buat entri lain pasal family pesta ye. jangan risau ok? :) *ok ulang lagi*

berbalik ke topik kita pada hari ini, puasa tahun lepas, memang agak banyak duit habis. mana tak nya, hari-hari makan luar. sahur luar. berbuka lagi lah, macam aku cerita tadi. MT-MT lepas ni semua kaya-raya sikit. so aku ikut je. tapi best. memang best. hari-hari dapat rasa makanan lain-lain. asal ngidam je terus reserve tempat kat restoren tu. sushi king ke. secret recipe ke. johnny's ke. nandos ke. sup urat keting ke. ok yang tu tak pernah makan lagi. cam takut je nak rasa. time tu tak berjimat langsung. haaa..tapi memang best lepak-lepak dengan diorang. best amat. :)

masa first year pulak aku bergaul dengan golongan orang tua di Kolej Amin. haha. kakak debus aku alumni kolej, jadi felo-felo semua adalah kawan-kawan dia. masa tu kawan-kawan aku memang kawan-kawan kepada kakak aku. hahah. sile gelak. aku tak ada kawan sesama budak first year. kawan-kawan aku memang kawan-kawan kepada kakak aku. *ok ulang lagi* semua pandang kerek kot kat aku masa tu. hahah. ye lah, baru first year tapi dah duduk lepak-lepak dalam ofis tengok astro semua. lepak-lepak sampai pagi lak tuh.

masa zaman tu memang hardcore. kitorang memang tak tidur malam. sumpah. akan cari makanan sampai ke mali or murni sana tuh. hah. KL memang tumpuan utama. dah macam ulang alik ukm-kajang je rasa. akan tidur lepas subuh. time tu semua terbongkang. al maklumlah, semua felo. felo = budak master. kelas diorang berapa kerat je la seminggu. haa.. aku je la terhegeh-hegeh bangun pukul 8 pagi nak gi kelas. balik kelas terus sambung tidur sampai mati. pastu bangun bile nak berbuka and the cycle goes around again. memang sayang lah kakak-kakak dan abang-abang sekalian. time ni duit bukan habis beratus ye, BERIBU sebulan. sila percaya sebab tiada penipuan disini. sehari pun kadang-kadang habis sampai 2-3 ratus untuk makan sahaja. haaa..tak jimat langsung kan? Astaghfirullah Al Azim. ;)

macam tu lah hidup aku berpuasa di bumi UKM ni. banyak kenangan. banyak.
sekarang dah senior year. kalau rajin nak sambung master *KALAU ye, tu pun KALAU pointer ok* insyaAllah aku akan bina lagi kenangan baru berpuasa di UKM untuk Ramadhan akan datang. InsyaAllah kalau panjang umur. kalau tak, maknanya ini adalah kali terakhir aku berpuasa sebagai seorang mahasiswa. ;)

ok lah. jangan lupa bersama saya lagi di entri akan datang ye. babai semua~ ;)


Tiada ulasan: