kecoh

semua tengah kecoh pasal laser melaser sekitar perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia ahad lepas.

semua tengah kecoh pasal jadual kelas berterabur sejak kemasukan ke semester baru bagi pelajar-pelajar universiti seluruh negara.

semua tengah kecoh pasal nak cari kerja tetap mahupun sementara buat graduan-graduan yang masih menganggur.

semua tengah kecoh pasal politik Malaysia yang tak habis-habis asyik............ok malas nak ulas panjang nanti masuk lokap tak pasal-pasal aku tak grad nanti.

semua tengah kecoh nak beli kasut sekolah baru, baju sekolah baru, pemadam baru mahupun pensil 2B baru sambil menanti penuh keterujaan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan 2011 yang hanya seminggu sahaja lagi.

semua tengah kecoh pasal jualan-jualan langsung yang harganya jatuh merudum di semua pasaraya-pasaraya berdekatan rumah masing-masing.

semua tengah kecoh pasal bercuti nun jauh ke luar negara mahupun di dalam hanya sekitar di dalam negeri dengan keluarga masing-masing sempena cuti akhir tahun bagi yang bersekolah, cuti penggal akhir bagi pelajar-pelajar kolej/universiti, baki cuti tahunan yang masih berlambak di himpun sepanjang bekerja setahun dulu bagi yang sudah bekerja.







tapi entah kenapa, aku malas nak ambil pusing pasal semua itu.

aku cuma nak kecoh pasal KENAPA RESULT AKU SEMESTER LEPAS MASIH TAK KELUAR KELUAR KELUAR LAGI??

padahal keputusan peperiksaan orang lain sudah keluar sebulan yang lalu.
alahai cepat lah keluar supaya boleh tidur nyenyak di malam hari.
:(


2 ulasan:

Kembang Perawan 3288 berkata...

ko kan praktikal kat 'music box' mesti dpt A

Shikin Ismail berkata...

cuak beb cuak. haih