pelik itu unik

aku suka sesuatu yang pelik
aku suka lain dari yang lain.
kalau majoritinya suka pada bunga, aku suka pada akarnya.
kalau majoritinya suka pada terik mentari waktu siang, aku suka embun segar waktu malam.
kalau majoritinya suka pada....ah korang dah faham kan maksud aku?

aku suka sesuatu yang pelik kerana ia lain dari yang lain.

aku baru pulang dari melihat persembahan dari Fynn Jamal. ya tadi dia ada di UKM.
pertama kali melihat persembahannya di depan mata buat aku teringat waktu pertama kali aku menjadi peminat dia. cara dia masih sama.
aku suka.
aku suka cara dia sampaikan buah fikiran dia.
aku suka cara dia sampaikan emosi perasaan dia.
pendek kata aku memang peminat setia.
dia tidak malu untuk jadi diri dia.
sewel dia, pelik dia, selamba dia, itu yang buat aku suka.

aku masih ingat lagi masa aku masih di tahun pertama, disebabkan bosan yang melampau aku godek YouTube segodek-godeknya sampai aku terjumpa video mengenai Layar Tanchap. itulah pertama kali aku tahu wujudnya majlis-majlis seni seperti itu. waktu itu aku mula kenal siapa itu Fynn Jamal, siapa itu Wani Ardy, siapa itu Ana Raffali, siapa itu Rubina Yunal. ramai lagi! semua punya bakat seni. semuanya puitis. terus aku teruja. aku godek lagi. tekan sana sini. mereka ini unik! aku suka. aku teroka semua di YouTube.

tapi aku tidak pernah ke mana-mana majlis yang seumpama. pertama sekali sebab tiada teman. keduanya sebab aku tiada kenderaan. sedih kan? aku teringin ke Hari Bintang Jatuh dulu. aku teringin ke Akar dulu. aku teringin ke 3 Venus dulu. aku teringin ke Malam Puisi Riong dulu. sedih kan?

tadi aku pergi berteman. aku tarik 2 teman aku bersama untuk pergi melihat Fynn.
sekarang aku rasa bersalah sebab aku baru sedar bukan semua punya citarasa yang sama.
maaflah kawan kalau aku telah buangkan masa kalian.
dan terima kasih banyak-banyak sebab sudi teman. :)

walau apa pun aku tetap seronok dan terhibur dengan persembahan Fynn. walaupun ada sedikit masalah tapi aku tetap suka. :)


ini video pertama yang buat aku suka pada Fynn 3 tahun dulu.



ini video kedua yang buat aku terus jadi peminat setia.
:)

p/s : tak ambil gambar dengan Fynn sebab aku malu.

p/s/s : still rasa bersalah yang maha hebat sebab heret 2 teman pergi bersama. kesian mereka. citarasa kami berbeza. maaf ya kawan.

7 ulasan:

Shaofie berkata...

this comment has removed by the author.

Shikin Ismail berkata...

bile pulak aku remove. tipu. boooooo

ikan berkata...

heyh plik cam volcano choc kami kann..?hehe

Shikin Ismail berkata...

hahaha. volcano choc korang memang pelik tapi sedap. :)

HEROICzero berkata...

hehe, tak anak gadis la kalau x minat fynn jamal kan.

*adik-sopi minat jugak kan. wakakakakaka~!!

Shikin Ismail berkata...

adik sopi minat yuna je. haha

Kembang Perawan 3288 berkata...

malu2 terus rugi. hehe