ramble mamble #2

esok ada exam paper keusahawan. jam 8.30 pagi. sekarang dah pukul 11.30 malam. aku sepatutnya dah tidur sekarang sebab nak bangun awal pagi. tapi tadi baru dapat call dari Alang. terus tak dapat tidur. 2-3 hari ni otak memang asyik teringat 'cerita dulu'. haih. kalau perasan, hari ni aku dah post 4 entri. maksudnya emosi aku tengah tak stabil. haih. kenapa la tangan ni gatal nak godek-godek 'benda lepas'. sekarang dah sakit sendiri.

that's why aku decide nak merepek sikit malam ni, biar aku tidur tenang.

aku bersyukur sebab semua berjalan lancar. aku bersyukur sebab yang lain dah jumpa jalan yang lurus. 'yang dulu' semakin kehadapan dan tenang. tinggal aku terkontang-kanting sendiri. tak apa, suatu hari nanti aku akan cuba kejar. suatu hari nanti. aku bukan lagi aku yang setahun dulu. aku akan kejar.

mesti ramai yang tak faham apa yang aku merepek malam ni. 'benda lepas' lah. 'jalan lurus' lah. 'kejar-kejar' lah. kejadah apa ntah? kan? heheh. tapi aku tak berminat untuk ulas lebih detail. biar jadi tanda tanya. kalau ada yang faham, pura-puralah tidak faham. tipu aku. ok? :)

aku harap aku mampu. doakan aku mampu, ya?

oklah mahu tidur. esok final exam. babai.

Tiada ulasan: