ramble mamble #3

aku ada satu habit pelik. aku jenisnya suka terjaga malam. kadang-kadang terjaga sebab nyamuk. aku tidur memang tak pernah tutup tingkap. aku suka biarkan terbuka. sejuk sikit. kadang-kadang tu terjaga sebab bising. kadang-kadang terjaga sebab mimpi bukan-bukan. kadang-kadang terjaga sebab sejuk sangat. tapi kadang-kadang tu kalau penat sangat memang tidur mati letak bom sebelah pun tak terjaga.

dulu zaman ada cinta dalam hati dulu, kalau terjaga malam memang aku akan gagau capai phone then call si cinta hati biarpun pukul 3 4 pagi. memang dah terbiasa. tapi sekarang ni dah tak ada orang untuk aku kejut pagi-pagi untuk teman aku kalau terjaga dari tidur.

jadinya, untuk mengatasi masalah ketakutan di tengah malam tu, mula-mula aku akan bangun dan bukak lampu. biar cerah. then aku akan online. aku layan orang kat facebook, kalau tak pun aku akan update blog. macam sekarang ni. merepek meraban sampai hilang takut. then aku akan sambung tidur.

kalau dekat rumah, kadang-kadang aku tidur dengan ummie. kalau terjaga tu takkan lah aku nak bangun and gagau laptop nak online pulak kann. jadinya kalau terjaga, aku akan main game dalam handphone. main sampai hilang takut. then aku akan sambung tidur.

sekarang pukul 3.49 pagi.
terjaga sebab sejuk sangat.
oklah. dah hilang rasa takut. jom sambung tidur balik.
selamat malam.



2 ulasan:

Rafidah Farhana berkata...

It's okay. satu hari nanti akan ada pengganti :)

Shikin Ismail berkata...

:) amin. paling sakit hati kalau terjaga sebab nyamuk. geram!