ternyata kau sudah lupa

kau lupa,
dulu waktu kau susah, kau cari siapa?
dulu waktu 'kaki' kau 'patah', kau cari siapa?
dulu waktu kau gigil lapar, kau cari siapa?
dulu waktu kau berada paling bawah, kau cari siapa?

sekarang bila sudah ada teman gelak ketawa,
sudah jumpa 'tongkat' baru menampung 'dunia',
kau lupa pada orang yang dulu kau cari meraba.

kawan,
Tuhan Maha Kuasa.
Semoga kau berbahagia hendaknya.

Tiada ulasan: