people judge

dari sekolah, dari kecil, aku memang tak suka dibandingkan.
jadi bila aku tak suka dibandingkan, maka setiap kali peperiksaan memang aku tak pernah canang berapa markah yang aku dapat, berapa A yang aku dapat, berapa PNGK yang aku dapat.
memang aku tak suka. markah tinggi ke, markah rendah ke, aku memang tak akan canang pada orang lain.

setiap kali dapat keputusan peperiksaan, akan selalu ada golongan yang bermegah-megah dengan keputusan mereka.

"kau nak tau, markah fizik aku paling tinggi dalam batch kite tau. aku bukan nak kata apa la kan."

akan selalu ada golongan yang diam berahsia. entah hebat entah teruk, kita tak tahu.

"markah aku? entah lah. tak payah la tahu. aku biasa-biasa je," senyum.

akan selalu ada golongan yang berkongsi dengan teman rapat sahaja.

"Dibah, aku bagitau markah aku dulu lepas tu kau janji kena bagitau markah kau pula, ok?" gelak, senyum.

ada juga golongan yang berlari kesana kemari dengan perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap keputusan orang lain, dengan niat mahu membandingbeza.

"haa Joyah kau dapat berapa? 75? oh aku dapat 82," muka bangga. "haa Bedah kau dapat berapa? 90? oh ok," muka mencuka.

kalau siapa yang kenal aku, mereka tahu aku jenis yang mana satu.
pada aku, kalau diberitahu segala, orang lain akan mula menghakimi aku dan aku tak suka perasaan bila dihakimi begitu.

"budak ni aku tak pernah tengok dia pegang buku, tapi markah tinggi juga," kagum.

atau

"budak ni aku tengok dulu pulun duduk terperuk dalam bilik, markah seciput jugak," sinis.

aku pernah berada di dua-dua situasi.
aku ulang, aku tak suka dihakimi begitu.

melainkan kalau terpampang keputusan aku didada papan kenyataan nun nama aku berada di tangga teratas mahupun berada ditangga terbawah.
maka jika begitu, aku tak kisah di kata itu ini.

jadi janganlah terasa kalau aku tak mahu berkongsi, dari sekolah dulu memang begitu.
cukup sekadar ucapan Alhamdulillah.
cuma masih ada projek yang belum selesai. membuatkan aku terasa jauh dari yang lain.

oh ya, dan aku tak lapar untuk tahu keputusan kamu.
jangan risau.
:)

p/s : bagi yang sedang seronok meloncat gembira, tahniah aku ucapkan! semoga kita berjumpa lagi di hari graduasi nanti. jika Allah mengizinkan. :)

*update, 9 June 2011 petang : semua masih teruja dengan keputusan dekan masing-masing. topik di facebook mahupun perbualan harian masih sama. penat. tapi layankan aje. :)

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ahaaa yang penting sendiri tahu ;)

and selamat bergraduasi! (:

Shikin Ismail berkata...

cukup sekadar sendiri tau kan. :)

senyumSOYA berkata...

hihihi...
result saya?
simpan kedap2....
btoi x? hihihi

Shaofie berkata...

kau sedih,
aku turut berduka.

kerana dimana berada,
disitu tempat pijaknya.
lahir dari hati yang nyata.

suci, bersih.
aku tahu tiada tanda.

salam graduasi.

Shikin Ismail berkata...

janna : betul3. :)

sopi : :) belum masa lagi.