yakin bersih?

jadi aku pun teringin nak ulas sikit pasal apa yang telah terjadi hari ini. mereka panggil 'A Day To Remember' dengan muka penuh rasa bangga. mereka tu yang konon-konon mahu menyuarakan hak rakyat yang mahukan pilihanraya yang telus. kononnya mahukan pilihanraya yang menggunakan pen ketika mengundi. tapi tadi yang aku dengar cuma laungan "hapuskan BN" "reformasi! reformasi!" eh? kenapa tak jerit "clean election" "fair election"?? heh.

aku tak kisah kalau yang pergi itu dengan niat kerana benar-benar mahukan keadilan. ah golongan itu aku memang tak kisah. semua punya hak masing-masing. tapi aku paling benci golongan yang datangnya hanya kerana mahu melihat, mengikut, mahu merasa, mahu pergi kerana kawan kata seronok, mahu pergi kerana nanti nampak cool bila postkan di facebook atau twitter "@KL now" "sedang diserbu polis" ". bangga agaknya kerana kononnya berani berdiri dikalangan itu. ah itu bukan berani namanya. itu keldai. hanya menurut.

aku sokong bila dikatakan mahukan clean and fair elections in Malaysia. i am so in!
tapi bila sudah lari dari objektif, aku ragu.
aman entah kemana. bersih entah kemana.
mana satu pegangan kamu?







"Negaraku






Tanah tumpahnya darahku






Rakyat hidup






Bersatu dan maju






Rahmat bahagia






Tuhan kurniakan






Raja kita selamat bertahta."



jangan nyanyikan lagu ini selagi kamu masih mahu berbalah sesama sendiri.


P/s : sepatutnya harus ditanya seorang demi seorang anak muda yang pergi, 'Sudah daftar sebagai pengundi?'.

3 ulasan:

Hani Maldini berkata...

hahahaha kannnnn!

FaRaH AiN berkata...

setujuu sangat! :)

Shaofie berkata...

hidup shikin ismail!!!!! ko g daftar jadi ahli parlimen. aku jadi jentera ko.. ko boleh jadi the 2nd benazir bhutto...hahahha!!! setuju dgn pendapat ko..