yes i miss them


ok sejak dua menjak ni aku selalu post secara bermalas-malasan dengan letak gambar header yang huduh-huduh. maaflah. tiada mood. ok mari berblog secara serius sekarang.

ok mula. ewah macam pertandingan berlumba pula ada "ok mula" ni. eh eh ok ok ini serius.

atas sebab kebosanan yang melampau, aku godek friendster yang ada lebih 400 orang friends. aku buka satu-satu. kebanyakannya adalah teman sekolah. tak sangka sudah lama aku meninggalkan zaman persekolahan. belek page-page mereka membuatkan aku sedar bahawa terlalu banyak perubahan yang telah berlaku semenjak kaki-kaki itu melangkah keluar dari sekolah di pulau kecil nun jauh di sempadan siam di utara sana.

kalau dulu ada yang selebet saja datang ke kelas. malas nak gosok baju la, seluar pun kadang-kadang bau mengaum satu kelas. oh terutamanya lelaki, tahan saja la sampai habis prep. nak study di kelas lain takut warden marah. nak study kat library, sejuk nak mati. tambah pulak bau stokin tak basuh. alahai sumpah aku tak tahan. rela aku duduk dalam kelas tahan bau seluar busuk dari bau tengik stokin masam. serius.

tapi bila aku tengok keadaan teman-teman aku sekarang semua dah berubah. kalau dulu ada yang pakai tudung macam minah indon tapi sekarang semua sudah cantik bergaya. kalau dulu badan macam di pam-pam tapi sekarang dah ada yang jadi body builder. kalau dulu pakai spek besar gabak kini bermata plastik melekap di anak mata. aku bukanlah seorang yang dikenali ketika zaman berbaju kurung putih dan berkain kakis dulu, sebut saja nama sebenar aku tiada siapa yang tahu. aku bukan dari golongan 'atas' dan bermuka cantik. tapi aku masih punya teman-teman sejiwa dan aku bangga dengan hidup mereka sekarang. you go girls! :)

aku lihat mereka semua semakin matang. sudah ada gaya seorang peguam. sudah ada gaya seorang doktor. sudah ada gaya seorang engineer. sudah ada yang berumahtangga. ada yang sudah berkereta besar. ramai yang berjaya mengejar impian mereka. :) and eight month from now i'll be graduating and become a success software engineer. ok mari berangan. berangan itu tak salah kalau disertakan dengan usaha. :)

apa-apa pun aku rindu zaman sekolah. aku tak tipu.
haih mahu jadi muda sampai bila-bila boleh tak?
eh nanti tak boleh kerja and dapat gaji banyak-banyak.
eh tak nak lah muda sampai bila-bila.
biar jiwa je sentiasa muda dan ceria. kan?
:)


that was us!
captured back then in 2005, right after we done with SPM papers. suku dari batch kami and we had 311 members in our family. quite a large number huh? :)
and we called ourself Seeckz as we are the 6th batch at our school. comelkan kitorang masa muda dulu? tehehehe.





10 ulasan:

Shaofie berkata...

muke adil aku tak nampak pon.
atau ni skola lain?
adil skola tamil kan? haha

HEROICzero berkata...

Mungkin tengah dating. Ya sopi, saya tak macam awak. Lalala~

Yeahhh!

syafiq kadir berkata...

suka! :)

Shikin Ismail berkata...

adil & sopi : tak habis2 gaduh. sabo je la.

syafiq : rindu kelas 512!! ;)

Shaofie berkata...

adil yang stat dulu ok.
dier yg kecoh

Shaofie berkata...

adil yang stat dulu ok.
dier yg kecoh

Zu Nurain Ahmad berkata...

rindu saye takkk? =p

Shikin Ismail berkata...

noin!! mestilah rinduuuuuuu!!

syafiq kadir berkata...

rindu! i'm the bodyguard for 512.
i'll be in malaysia in a couple of weeks je lagi. tak sabar nak habiskan exam ni!

Shikin Ismail berkata...

good luck big guy!! nanti bile2 datang bangi jomlah dating2. :)