al-fatihah

empat tahun yang lalu pada tarikh yang sama.

################################################

jam 1.00 tengahari.
aku agak lambat sikit masak makanan tengahari.
mak nak makan betik muda rebus.
puas aku cari kat belakang rumah.
semua pokok tak berbuah.
lantas aku ke rumah wan chu.
itu punca aku lambat masak.
tambah pula nak menunggu bubur siap.

selesai masak aku ceduk bubur.
aku ceduk betik rebus.
aku lenyekkan sikit.
mak tak larat nak kunyah makanan keras.

terus aku bawak ke depan.

"mak, makan mak."

mak diam. mak tak nak bangun untuk makan.
aku tahu mak merajuk.
aku siap masak lambat.
aku pujuk lagi.

"mak, makan la mak."

mak diam lagi.
ayah datang.
ayah angkat mak untuk duduk.
mak biarkan je.
aku tahu mak merajuk.
aku serah pinggan kepada ayah.
ayah ambil dan suapkan mak makan.

aku terus ke dapur menangis.
aku tak sengaja masak lambat.
bukan niat aku nak buat mak tertunggu-tunggu untuk makan.

"mak, ikin tak sengaja."

air mata aku tak henti mengalir.

##########################################

jam 3.45 petang.

"ikin.."

"ikin.."

aku dengar sayup suara emak memanggil.
aku agak terkejut kerana selalunya rajuk mak panjang.
jika datang rajuknya, mak lebih suka memanggil ayah dari aku.
jika merajuk dengan ayah, aku yang dipanggil.
itu perangai mak sejak mak sakit.
comelkan? ;)
aku tak kisah.
sebab aku sayang mak.
tapi kali ini mungkin sebab esak tangisku tengahari tadi terdengar hingga ke depan.

terus aku ke katil mak.

" mak nak apa?"

aku tanya lembut.

"tolong gosokkan belakang mak. mak sakit belakang."

mak bersuara lemah.

aku terus ambil minyak angin dan aku sapu lembut belakang badan mak.
kulit mak lembut.
macam kulit bayi.
entah kenapa air mata ku mengalir lagi.
aku sedih melihat keadaan mak begitu.
aku menangis senyap-senyap.
aku tak nak mak dengar.

tiba-tiba muncul abang aku dari dapur.
sudah siap berkemeja mahu ke tempat kerja.
syifnya bermula pukul 4 setengah.
abang datang dan terus peluk mak.
aku kaget.
abang tak pernah begitu jika mahu ke tempat kerja.
abang peluk dan cium dahi mak.

"long pergi kerja dulu ya mak."

air mata aku semakin laju mengalir.

#########################################



jam 7.00 malam,

"ayah, lidah mak dah putih. mak kata dulu kalau lidah dah bertompok putih, kena bawak pergi hospital."

ayah datang dan lihat keadaan mak.
ayah tengok bahagian dalam kelopak mata mak.
merah.
itu tandanya dah teruk.
aku tahu itu.
mak pernah bagi tahu.
ayah urut-urut badan mak.
kemudian ayah telefon adik-beradik mak yang lain.
ayah minta datang.
aku agak ayah dah nampak tanda-tandanya.
tapi aku pada ketika itu masih belum terfikir hingga ke tahap 'itu'.

##############################################


jam 8.45 malam.
ayah suruh aku dan angah bersiap-siap untuk ke hospital.
keadaan mak dah teruk.
ayah telefon ambulans.

#############################################

jam 9.30 malam.
mak dimasukkan dalam wad kecemasan.
aku nampak mak susah bernafas.
badan mak dah dicucuk-cucuk dengan pelbagai tiub.
tiub untuk masukkan insulin,
tiub untuk keluarkan air kencing,
tiub untuk mak bernafas dan sebagainya.
aku nampak mak rimas dengan keadaan itu.
aku tahu.
kesian mak.

doktor menstabilkan keadaan mak.
alhamdulillah.
keadaan mak semakin stabil.
doktor syorkan mak ditempatkan di wad buat sementara waktu.
ayah setuju walaupun ayah tahu mak tak suka di tahan di hospital.
aku, ayah dan angah terus mengikut doktor yang membawa mak ke wad di tingkat atas.

setiba di atas, ayah arahkan angah untuk menemani mak buat seketika sementara aku dan ayah pulang ke rumah terlebih dahulu untuk mengemas barang mak.
tapi Allah maha berkuasa.
setiba di kereta, ayah terkejut kerana tayar kereta pancit.
ayah pasti tayar itu sebelum ini dalam keadaan baik.
itu yang buat ayah terkejut.
dan tiba-tiba angah telefon sambil menangis teresak.
aku terkejut.
setahu aku ketika turun tadi keadaan mak baik sahaja.
aku dan ayah bergegas naik.
air mata aku sudah mula mengalir deras.
setiba di katil, aku lihat sudah ramai jururawat mengelilingi mak.
angah ada di sisi mak memeluk erat.
aku terus ke sisi mak dan aku lihat mak susah bernafas.
doktor arah kami ketepi.
aku nampak doktor berusaha menstabilkan mak.


tapi Allah lebih sayangkan mak.
tepat jam 12.36 malam,
bertarikh 15 mac 2005,
Mai Selamah Anjang Hashim telahpun menghembuskan nafas terakhir.


###############################################

al-fatihah buat ibuku yang telah pergi terlebih dahulu genap 4 tahun yang lalu.
aku rindu kamu.

10 ulasan:

cato;patchi berkata...

alfatihah. aku turut bersedih. sayangilah ibu sementara dia masih ada... :(

HEROICzero berkata...

al-fatihah..

Lumut Pagi berkata...

Al-Fatihah..
Mak pasti rindu 'hadiah' dari kamu.Yang pasti dan perlu kamu sentiasa ingat; Allah sayang mak.

Dan saya SAYANG KAMU.

Wlau saya bukan siapa-siapa.

:)

fezaL Mohd berkata...

al fatihah.

aVeLeR berkata...

terima kasih semua.

n.zati.halim berkata...

al fatihah ..

aVeLeR berkata...

thanx zati.

Mr. Shcomey™ berkata...

al-fatihah..

aVeLeR berkata...

tq safwan.

ikan berkata...

be strong ieye kak ikin? yg pegi tetap akan pegi, p yg idop nie nk kne salu tros bjuang .. insyallah mudah2an ALLAH menempatkan almarhum dalam kalangan orang yang beriman .. amin