al-fatihah

empat tahun yang lalu pada tarikh yang sama.

################################################

jam 1.00 tengahari.
gak lambat sikit masak makanan tengahari.
mak nak makan betik muda rebus.
puas cari kat belakang rumah.
semua pokok tak berbuah.
terus akuke rumah wan chu, tak jauh dari pintu dapur.
itu punca aku lambat masak.
tambah pula nak menunggu bubur siap.

selesai masak, aku ceduk bubur.
aku ceduk betik rebus.
aku lenyekkan sikit.
mak tak larat nak kunyah makanan keras.

terus dibawak ke depan.

"mak, makan mak."

mak diam. mak tak nak bangun untuk makan.
aku tahu mak merajuk.
sebab siap masak lambat.
aku pujuk lagi.

"mak, makan la mak."

mak diam lagi.
ayah datang.
ayah angkat mak untuk duduk.
mak biarkan je.
aku tahu mak merajuk.
aku serah pinggan kepada ayah.
ayah ambil dan suapkan mak makan.

aku terus ke dapur menangis.
aku tak sengaja masak lambat.
bukan niat aku nak buat mak tertunggu-tunggu untuk makan.

"mak, ikin tak sengaja."

air mata tak henti mengalir.

##########################################

jam 3.45 petang.

"ikin.."

"ikin.."

dengar perlahan suara emak memanggil.
aku terkejut sebab selalunya rajuk mak panjang.
jika datang rajuknya, mak lebih suka panggil ayah dari aku.
jika merajuk dengan ayah, aku yang mak akan panggil.
itu perangai mak sejak mak sakit.
comelkan? ;)
aku tak kisah.
sebab aku sayang mak.
tapi kali ini mungkin sebab mak dengar suara menangis tengahari tadi, terdengar hingga ke depan.

terus aku ke katil mak.

" mak nak apa?"

aku tanya perlahan.

"tolong gosokkan belakang mak. mak sakit belakang."

aku terus ambil minyak angin dan sapu lembut belakang badan mak.
kulit mak lembut.
macam kulit bayi.
mata ni menangis lagi.
sedih melihat keadaan mak begitu.
aku menangis senyap-senyap.
tak nak mak dengar.

tiba-tiba muncul long dari dapur. long ; abang sulung aku.
sudah siap berkemeja mahu ke tempat kerja.
syifnya mula pukul 4 setengah.
long datang dan terus peluk mak.
aku terkejut.
long tak pernah buat macam tu sebelum nak pergi kerja.
long peluk dan cium dahi mak.

"long pergi kerja dulu ya mak."

air mata aku makin laju.

#########################################



jam 7.00 malam,

"ayah, lidah mak dah putih. mak kata dulu kalau lidah dah bertompok putih, kena bawak pergi hospital."

ayah datang dan lihat keadaan mak.
ayah tengok bahagian dalam kelopak mata mak.
merah.
itu tandanya dah teruk.
aku tahu itu.
mak pernah bagi tahu.
ayah urut-urut badan mak.
kemudian ayah telefon adik-beradik mak yang lain.
ayah minta datang.
aku agak ayah dah nampak tanda-tandanya.
tapi aku masa tu masih belum terfikir hingga ke tahap 'itu'.

##############################################


jam 8.45 malam.
ayah suruh aku dan angah bersiap-siap untuk ke hospital.
keadaan mak dah teruk.
ayah telefon ambulans.

#############################################

jam 9.30 malam.
mak dimasukkan dalam wad kecemasan.
aku nampak mak susah bernafas.
badan mak dah dicucuk-cucuk dengan pelbagai tiub.
tiub untuk masukkan insulin,
tiub untuk keluarkan air kencing,
tiub untuk mak bernafas dan sebagainya.
aku nampak mak rimas.
aku tahu.
kesian mak.

doktor menstabilkan keadaan mak.
alhamdulillah.
keadaan mak semakin ok.
doktor syorkan mak ditempatkan di wad buat sementara waktu.
ayah setuju walaupun ayah tahu mak tak suka di tahan di hospital.
aku, ayah dan angah terus mengikut doktor yang membawa mak ke wad di tingkat atas.

setiba di atas, ayah suruh angah untuk teman mak sementara aku dan ayah balik rumah dulu untuk mengemas barang pakai mandi mak.
tapi Allah Maha Berkuasa.
sampai je dikereta, ayah terkejut kerana tayar kereta pancit.
ayah pasti tayar itu sebelum ini dalam keadaan baik.
itu yang buat ayah terkejut.
dan tiba-tiba angah telefon sambil menangis teresak.
aku terkejut.
setahu aku ketika turun tadi keadaan mak baik sahaja.
aku dan ayah bergegas naik.
air mata aku sudah mula mengalir deras.
setiba di katil, aku lihat sudah ramai jururawat mengelilingi mak.
angah ada di sisi mak memeluk erat.
aku terus ke sisi mak dan aku lihat mak susah bernafas.
doktor arah kami ketepi.
aku nampak doktor berusaha menstabilkan mak.


tapi Allah lebih sayangkan mak.
tepat jam 12.36 malam,
bertarikh 15 mac 2005,
Mai Selamah Anjang Hashim telahpun menghembuskan nafas terakhir.


###############################################

al-fatihah buat ibuku yang telah pergi terlebih dahulu genap 4 tahun yang lalu.
aku rindu kamu.

10 ulasan:

Aishahtur berkata...

alfatihah. aku turut bersedih. sayangilah ibu sementara dia masih ada... :(

HEROICzero berkata...

al-fatihah..

Lumut Pagi berkata...

Al-Fatihah..
Mak pasti rindu 'hadiah' dari kamu.Yang pasti dan perlu kamu sentiasa ingat; Allah sayang mak.

Dan saya SAYANG KAMU.

Wlau saya bukan siapa-siapa.

:)

fezaL Mohd berkata...

al fatihah.

Shikin Ismail berkata...

terima kasih semua.

silence musica berkata...

al fatihah ..

Shikin Ismail berkata...

thanx zati.

Wanturd™ berkata...

al-fatihah..

Shikin Ismail berkata...

tq safwan.

Adam Ikan berkata...

be strong ieye kak ikin? yg pegi tetap akan pegi, p yg idop nie nk kne salu tros bjuang .. insyallah mudah2an ALLAH menempatkan almarhum dalam kalangan orang yang beriman .. amin