15 fakta mengenai Shikin Ismail

tiba-tiba rasa nak berkongsi rahsia.


15 fakta tentang diri Shikin Ismail.


1. merantau ke negeri orang untuk menuntut ilmu sejak berumur 13 tahun sampai sekarang.

2. MASIH tiada lesen memandu.

3. mula memaakai cermin mata masa umur 13 tahun.

4. setiap pagi bangun tidur mata akan penuh dengan tahi mata. ok aku tak paham macam mana dalam movie, semua perempuan yang bangun tidur muka akan bersih cantik gorgeous dan siap boleh cium molot dengan partner yang tidur kat sebelah dan siap boleh make love lagi. ah tipu! tak busuk ke mulut? takkan takde taik mata langsung. ah tipu. ok emosi jap.

5. mempunyai kulit paling gelap dan gigi paling bersepai dalam 4 adik-beradik.

6. mampu makan raw salmon 2-3 pinggan. no hal babe.

7. berdarah keturunan Mandailing. google sendiri untuk tahu Mandailing tu keturunan berasal dari mana.

8. sangat suka pada fesyen tapi tidak mengaplikasikan pada diri. sebab tak sesuai. i tak cantik macam uolls.

9. suka memasak walaupun sekarang masakan tak pernah sedap. entah kenapa. kata orang memasak ni ada kaitan dengan mood si tukang masak. kalau bersedih, letaklah garam banyak mana pun masih tawar. pasti ada yang tak kena. itu kata orang. betul atau tidak itu tak tahu. :)

10. mandi di antara 11.00 malam hingga 3 pagi itu adalah normal. dari sekolah menengah sampai sekarang. dah jadi habit.

11. seorang yang sangat boros. tanya lah sesiapa pun, semua akan angguk kepala. heheh.

12. sangat suka pada sastera melayu dan seni seperti puisi, sajak, pantun lama, teater, lukisan abstrak, tarian tradisional dan segalanya yang tersirat disebalik yang tersurat. mencabar. ;)

13. tak pernah beli handphone guna duit sendiri. semuanya hadiah @ tangan kedua dapat dari kakak-kakak atau ayah. ini serius. Hp pertama masa f2, hp angah sebab dia tukar hp baru. hp kedua masa f4, ayah bagi hadiah sebab dapat 8A PMR. hp ketiga masa matrik 2nd year, hp ayah sebab ayah tukar baru. hp keempat masa first year UKM, hp alang sebab dia beli hp baru. hp kelima masa 2nd year, hadiah dari encik bekas kekasih. hp keenam masa 3rd, hp ayah sebab ayah tukar baru. dan hp ketujuh which is sekarang, tangan kedua dari alang sebab dia ada hp baru. sekian.

14. makna Noorashikin ialah "Cahaya Pecinta".

15. tapi hati sudah tertutup untuk mencari cinta. *ewah* tapi ini fakta. *sumpah serius*




ini rahsia sesama kita. jangan cerita pada orang lain fakta ni. syyhhhhh~

sekian.



5 ulasan:

arbivirus 3288 berkata...

elo.mcm nak kenal ngn awak la.
awak mempunyai ciri yg saya minat.
boleh kan. ewah!!

Shikin Ismail berkata...

maaf lah. saya masih lurus. saya terpaksa tolak awak.
eheh. :p

arbivirus 3288 berkata...

okeh jual mahal.
awak nak org ciri2 mcm mane?

Shikin Ismail berkata...

ish. cuba baca fakta 15. takde ciri2. tak nak sapa2. :)

Shaofie berkata...

awak dua ni hot lah.
saya masih lagi kosong.
awak yang dua jari dipipi boleh jadi bini no satu dan dua (pakej langsing)
dan awak yang buat congok depan laptop bole jadi no 3 dan 4 (pakej mak andam)


kthnxbai.