ramble bamble #1

hello all!!! pergh sejak bila berhello-hello ni ntah. ok whatever.
how's your week?? mine is chaos!! exam final year ni wehh. thesis bagai. memang semput.

oh by the way, pada yang tertanya-tanya tentang masalah aku postkan entri bawah ni, jangan risau. aku bukan emosi pada korang. aku emosi kat seorang kanak-kanak ni. dia cari gaduh dengan kawan aku. aku malas nak cakap banyak. pape pun biarlah kanak-kanak tu dengan mainan dia. kalau benar dia matang, kalau benar maruahnya tinggi, kalau benar levelnya diatas, dia tak akan melatah sampai begitu sekali. :)

eh eh kenapa ntah aku cerita pasal dia. dah dah tak mahu cerita pasal ni dah.

mari bercerita pasal kehidupan aku yang tak berapa bulan sangat tinggal kat UKM ni.
yes i am going to graduate baby!! oyeah!

insyaAllah viva dalam awal bulan 5 kot. takot takot. thesis tak siap lagi. (-_-") pergh sejak bila beremoticon-emoticon bagai ni ntah. heh.

so the plan is, right after habis exam, tumpukan perhatian pada thesis. pulun thesis biar sampai muntah darah. lepas selesai semua dan bila secara tak rasminya dah bebas dari universiti aku akan mula langkah untuk mencari kerja. takkan nak harap mak bapak tanggung pulak kan, dah la sepanjang belajar diorang dah tanggung. dah habis belajar biarlah aku tanggung sendiri hidup aku. ye dak?

oh aku dah daftar satu kursus untuk mantapkan lagi resume aku. kursus ni bermula tengah bulan May nanti. kursus free sebab daftar atas tiket student UKM, tempat tinggal dan lain-lain atas tanggungan sendiri. suppose to be kursus tu harga dalam RM15 000 SEORANG gitu. kursus subjek bagus kot, mana tak mahal. antara yang kursus yang ditawarkan macam

- Microsoft Certified Professional Developer (MCPD)- ASP.NET Developer 3.5,
- Oracle Database 11g Administrator Certified Associate (OCA),
- EC-Council Network Security Administration (ENSA),
- EC-Council Network Security Security Specialist (ECSS)
- IBM Certification : Database Administration (IBM:DBA)

banyak lagi. malas nak tulis. heheh. ada jugak dia tawarkan kursus Autocad, Adobe, Autodesk bagai tu. tapi aku rasa yang ni kita boleh godek-godek sendiri. cari tutorial. lama-lama pandai punyalah. :)

mulanya aku pilih ENSC which means akan belajar ENSA atau ECSS. tapi malangnya tak ramai yang mohon kursus ni. bagi kursus yang pemohonannya kurang dari 25 orang, kursus tu akan dibatalkan. lepas tu pilihan kedua aku ialah IBM:DBA tapi nasib masih malang bila kelas tu dah penuh pulak. sedih ke tak. tapi kami buat pemohonan untuk buka kelas IBM yang kedua. insyaAllah akan dapat. mari doa bersama! :)

bagi yang tahu bidang IT ni, mesti ada yang tanya kenapa aku tak pilih Oracle atau ASP.NET kan? lagi mahal kot resume kau nantiii?? haaa sebabnya aku rasa tak mampu. kursus makan masa dalam 2 hingga ke 3 minggu. pada aku masa tu singkat kot nak belajar benda berat macam tu. ini alasan aku. sebab aku tahu level aku.

eh rasa macam banyak pulak menaip hari ni. eheh.

lepas aku habis ambik kursus tu nanti aku akan cari rumah area Equin Park dekat Seri Kembangan dan akan menetap di situ untuk terus cari kerja. doakan segalanya berjalan lancar. ok? kita cuma merancang, Allah yang menentukan. kan? :)

Semoga Allah permudahkan segalan urusan. amin.

SELAMAT BEREXAM DAN BERVIVA SEMUA!!

3 ulasan:

fatin ganu berkata...

kak ekin amek kursus 2 kat ane..?

misswe3tlady_90 berkata...

haha...hye noasikin.
seronok kan bila tgk kanak-kanak melenting kan??
tu baru sikit tuh.bru hembus sikit da gelabah.
tah pape..x pasal2 jadi bhn mainan kite...=p

btw gud luck yer!!!
kitorg nak jilid tesis da.hehehe...

Shikin Ismail berkata...

tu kursus untuk final year je la baby. :)

hai ika!! haha yup she is soooo childish. seronok buat jadi bahan release tention tgh2 exam ni. haha.