kisah dulu



*kalau siapa yang tahu, aku pernah post entri ini setahun yang dulu. ni aku copy balik pasal blog dulu aku dah hide. tengah godek-godek entri lama. pastu copy paste. haa..kan dah cakap. aku tengah rindu kakak debus yang kat atas ni. ;(*

1 Disember 2009

semalam aku pergi midval. Aku pergi dengan kakak aku yang debus tu. Kitorang jalan berdua-duaan.

aku pergi naik komuter. Senang. Tak payah fikir-fikir pasal parking segala.(yang sebenarnya kitorang takde kereta..heh.)

Setelah berronggeng-ronggeng cik kiah, aku dan kakak aku menuju pulang.

situasi biasa di kawasan komuter midvalley pada petang ahad. Orang penuh amat!!

komuter sampai.

"ah! ramainya! biar la!"..

aku undur dan tunggu lagi..

komuter sampai.

"ah! ramainya! biar la!"..

aku undur lagi..aku tunggu lagi..

komuter sampai.

"ah!! ketepi-ketepi! aku nak masuk jugak!!"

aku dan kakak aku berjaya bolos. yeay!

dalam komuter aku perasaan ada seorang mamat pandang bontot aku.

"tau la bontot aku cantik..tak payah la nak pandang!" ..kata aku dalam hati.

aku selalu kena ejek dengan member-member. yela. bontot aku kan tak sama macam diorang. bahahaha.

ok. aku perasaan ada seorang pakcik pandang bontot aku.

"ni lagi sorang! huh! tau la bontot aku cantik..tak payah la nak pandang!" ..kata aku dalam hati lagi.

aku perasaan ada seorang awek cun pandang bontot aku.

"aik! akak pun nak pandang? nak tips?" ..kata aku perlahan.

sampai stesen aku, aku pun turun. Kakak aku dah turun di 3 stesen awal sebelum aku.

aku naik teksi untuk pulang. senang. cepat.

sampai bilik aku duduk atas katil. penat.

rehat sekejap. kemudian aku bangun untuk pergi mandi.

aku toleh ke katil.


alamak!


aku period.


*sigh*


*bila teringat balik, isk. malu habis la beb. isk.*

Tiada ulasan: