random

sekarang jam menunjukkan tepat pukul 10.26 pagi. baru bangun pagi. yang lain masih sedap tidur tambah-tambah cuaca sejuk and mendung. lambat bangun ni memang perkara biasa la. lagi-lagi time cuti, kalau boleh taknak bangun-bangun dah. ni aku bangun pun sebab dah tidur lama gila semalam. balik dari balakong around 8.00 malam terus tidur. im not so well. keracunan makanan. diarrhea dan muntah-muntah, demam sikit , sakit kepala yang amat-amat-amat sangat. lembik jugak la badan. :(

nway, sekarang ni semua budak yang ambik short course mahupun join perkampungan pesta dah mula balik kampung masing-masing. bagi yang tak tahu short course tu apa, ia adalah subjek yang diambil semasa cuti semester, cuti semester kan 2 bulan lebih je so that is why we called it 'short course' untuk tambah kredit hour bagi sesiapa yang tak cukup tu. but in my case, my faculty mewajibkan semua student tahun dua ambil short course sebab tahun pengajian kami sepatutnya 3 tahun setengah. jadi sebab tu fakulti tarik 9 unit ke short sem so kitorang boleh save 1 tahun, dan grad lepas 3 tahun study.

errr.... kalau ada yang tak paham sila angkat tangan. haha.

perkampungan pesta pula ialah (wah dah macam jawab soalan BM) masa yang diperuntukan untuk semua ahlijawatankuasa Sekreteriat Pesta Konvokesyen untuk buat gerak kerja masing-masing walaupun minggu graduasi pada bulan 8 nanti. iya la, kalau tak buat masa cuti bila lagi. kalau gerak kerja baru nak buat masa mula semester, sumpah dan komfem minggu Pesta nanti hancur. nak study lagi, aktiviti kolej lagi, exam lagi. macam-macam la. sebab tu la kita adakan perkampungan untuk Pesta Konvo ni sepanjang cuti semester 2 bulan ni. ingat Faizal Tahir tu boleh tempah seminggu sebelum majlis ke? oh cannot cannot. kena tempah awal-awal. (dah macam tempah baju je)

jadi secara kesimpulannya aku memang tak ada cuti semester. 2 bulan ni memang aku duk UKM je la. sampai dapat migrain jugak la tahap tensionnya. sekarang final dah habis dan perkampungan pun dah habis, sepatutnya aku dah ada dalam train balik ke ipoh dah ni. tapi.....aku still tak boleh balik.......:"((.

sebab 3hb julai ni dah kemasukan pelajar baru sesi 2010/2011. kena jadi pemudah cara. :(

dan 5hb pulak aku dah kena daftar untuk internship. oh. oh. :"((

bila nak balik rumah ni. :"((

bagi yang tengah kemas-kemas barang nak balik sambil baca blog i ni, selamat bercuti walaupun hanya seminggu. nikmati cuti anda je adik-adik sekalian.


i nak balikkkkkkkkkkkk...:"((




Tiada ulasan: