amin

Ya Allah...
seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan antara kami
agar kemesraan itu abadi
dan ya Allah...ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
seiringkanlah kami melayari hidup ini
ketepian yang sejahtera dan abadi
tetapi ya Allah...
seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
bawalah Dia jauh dari pandanganku
luputkanlah Dia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan
serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agar aku bisa bahagia
walaupun tanpa bersama dengannya
dan ya Allah yang tercinta...
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walau tidak sama dengan dirinya
ya Allah ya Tuhanku...
pasrahkanlah aku dengan takdirMu
sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan
adalah yg TERBAIK buatku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yg terbaik buat hambaMu ini
ya Allah...
cukuplah Engkau sahaja yg menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seseorang
pasangan yang beriman
supaya aku dan Dia sama-sama
dapat membina kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku
keturunan yg soleh dan solehah...
Amin.


p/s : doa buat pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul.