gigi bersepai


ok. secara jujurnya gigi aku memang tak cantik sejak kecik lagi. sebab? ok ok aku cerita. sebabnya aku takut nak cabut gigi. sumpah takut. cerita bermula, ini cerita zaman hingus meleleh lagi, kalau gigi aku dah mula menunjukkan tanda-tanda nak tercabut, goyang-goyang, aku akan biarkan je. sumpah aku takut nak cabut, so aku akan biarkan die goyang sampai tercabut sendiri. haaaaaa. hari-hari aku akan main dengan lidah aku. goyang-goyang. goyang-goyang. goyang-goyang. sumpah doh takut nak cabut dengan playar. oh aku lupa bagitau, ayah aku dulu bukan jenis hantar anak dia pergi klinik gigi ke hape kalau gigi nak tercabut. dia guna playar je. main tarik. ini serius. tiada penipuan. haa sape tak takut kau. haa.

so sementara nak tunggu gigi tu tercabut yang agak memakan masa jugak la dalam seminggu dua macam tu, gigi baru dah mula tumbuh kat bawah gigi bergoyang tu. ok sekarang sila guna imaginasi liar masing-masing. bayangkan. gigi baru dah tumbuh tapi gigi lama still tergantung-gantung kat gusi. haaaaaa. bayangkan. kadang-kadang tu tercabut masa tidur. tapi belum penah tertelan gigi sendiri lagi, jangan risau ye semua.

maka hasilnya.....terbentuklah gigi bersepai noasikin hari ini. aku tak suka. rasa menyesal pun ada. macam, "kenapalah dulu kau penakut sangat. cabut gigi je pun. sekarang kau toreh-toreh tangan sendirik boleh pulak kan?" haa. macam tu lah rasanya. begitulah dialog di dalam hati. eh eh. ini bukan bermaksud aku nak bagitau yang sekarang aku toreh tangan sendiri ye? bukan bukan. tiada niat. ye aku pernah toreh tangan sendiri. tapi itu zaman sekolah menengah dulu. bukan toreh yang nak bunuh diri tu ye? bukan bukan. jangan salah faham. cuma toreh-toreh guna pensil mekanik, tulis nama kat tangan kasik sampai jadik kudis then jadik parut. halah semua pernah jadik jahat kan masa zaman sekolah-sekolah dulu? so aku pun pernah buat kerja gila. tapi sekejap je la. biasa la. remaja. cewah. sesiapa yang pernah sekelas dengan aku masa tu tau tentang benda ni. pasal toreh-toreh ni. heh. tapi sekejap je aku buat kerja gila tu. tak pernah buat dah sampai sekarang. dan alhamdulillah parut pun dah takde. tak baik ye adik-adik. sila jangan tiru, kata ustaz itu umpama mencacah tatoo ke badan. berdosa. astaghfirullah al azim. sumpah aku dah tak buat dah. itu cerita dulu. zaman aku jiwa kacau.

ok kenapa aku rasa macam dah boleh tukar tajuk post ni? eh eh. ok ok. kembali ke tajuk utama.

ye. aku tak suka gigi aku yang bersepai ni. tapi, ada yang suka gigi aku macam ni. mereka kata nampak manis. aku pun tak paham tang mana manisnye pun tak tahu la. dan ada juga yang mengutuk mengata. gigi buruk la. gigi taring tersembul la. macam-macam dah aku dengar. tapi siapa yang kenal aku, diorang akan tau yang aku akan layan je kata-kata hina tu.

sebab....aku tak malu dengan gigi bersepai aku.

walaupun aku tak suka, tapi aku tak kesah dan aku tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. aku masih punya gigi. baru ada 31. aku baru kira tadi. lagi 1 belum tumbuh lagi. heheh.

aku tak malu untuk tayang gigi bersepai aku.
aku tak malu untuk senyum kambing depan mana-mana lelaki.
aku tak malu untuk ketawa ternyanya luas.
:)

mempersembahkan......
gigi bersepai noasikin!!!!
hambik kau. muka mintak penampar bak kata sopi. sampai hati u sopi.

kalau tak cukup gambar, boleh tengok gambar-gambar yang lain kat post-post lain kat bawah nih. jangan risau. semua gambar noasikin pasti akan menayangkan gigi bersepai beliau.
heh heh heh.

p/s : berkata kepada diri sendiri. tak perlu braces. muktamad.

4 ulasan:

Kembang Perawan 3288 berkata...

mane der. I loike..!!!!

catatan Gigi nie menarik!

<3

Shikin Ismail berkata...

kau suke gigi ke kau suke post ni?
aku konpius.

anna berkata...

gigi bersepah tuh yg wat kau cumel..
opssss..kann dah terlepas,
malu la tu lalu blushing....
hahahhahaha

Shikin Ismail berkata...

hahaha. walaupun aku tak paham macam mana dengan gigi bersepah kau boleh kate comel tp aku tetap nak cakap terima kasih. ;)