you can 'hide' me if you want to :)



pertama-tama sekali saya ingin menyeru kepada semua warga malaysia untuk menyahut kempen Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan ini. ya saya tahu sekarang sudah hujung bulan tapi masih sempat untuk kita menyahutnya. mari ke topik asal.

awak nak sembunyikan saya dari terpapar di halaman utama Mukabuku awak sebab saya selalu pos dan kemaskini? oh sila kan. saya tidak kisah sebab saya juga selalu menyembunyikan teman-teman yang terlalu kerap mengemaskini status mereka mahupun mengepos video klip yang menjengkelkan. heheh.

seminggu kebelakangan ini, ketua pejabat saya tiada. maka saya boleh dikatakan tiada kerja. maka saya dengan terujanya memuat turun pelbagai lagu kesukaan. dan apabila sudah bosan memuat turun lagu, saya menjengah pula blog-blog yang menjual pelbagai barangan menarik yang kadang-kadang membuatkan saya lupa diri bahawa duit di bank sudah tiada lagi. setelah bosan mencuci mata dengan baju-baju cantik, beg-beg menarik, skirt-skirt menjolok mata dan seluar-seluar pesakit aneroksia, maka saya meneruskan lagi aktiviti untuk menghilangkan bosan dengan menjelajah dunia TiubAwak, saya terus menaip lagu-lagu lama. wah sungguh teruja melihat videoklip-videoklip klasik. sangat teruja. maka dengan gelojohnya saya menekan butang 'kongsi' untuk saya kongsikan bersama di profil saya.

maaflah, perasaan teruja saya masih belum surut. saya mahu berkongsi lebih banyak lagi. tunggu ya? ;)

4 ulasan:

fatin ganu berkata...

oooo....no wonder lah...sgt bersenang-lenang....bos xde ye....
:p

Shaofie berkata...

saya shaofie ingin melaporkan yang saya ade blog. hee.

http://shaofie.blogspot.com

Shaofie berkata...

tu komen untuk baby.

Shikin Ismail berkata...

baby : haha. nikmat bekerja bila bos takde. :)

sopi: promot nampak bang? ;)