2011 *klise title huh?* :)

New Year. New Hopes. New Me.

aku tidak mahu lagi menetapkan apa-apa yang belum pasti. apa yang berlaku sepanjang 2010 benar-benar membuka mata dan mematangkan aku untuk terus hidup sebagai hamba-Nya. tiada lagi perkataan 'pasti dapat' atau 'mesti dapat' dalam 2011 yang mendatang ini. tiada lagi janji-janji yang aku akan buat untuk tidak ditepati.

untuk tahun baru ini, aku cuma mahu nikmati hidup seadanya dan berusaha untuk ke arah yang lebih baik. klise? ya aku tahu. aku penat untuk punya senarai panjang perkara-perkara yang aku ingin lakukan dan yang ingin aku capaikan. tahun 2010 tentunya tahun yang aku akan ingat sampai ke akhir hayat kerana tahun ini aku kira tahun yang paling beremosi bagi aku.

putus asa? oh tidak sama sekali. aku masih punya pendirian yang kukuh. cuma aku penat untuk kecewa dan mengecewakan yang lain dengan perkara-perkara yang aku janji dan rancang tetapi gagal dilakukan. aku tahu limit diri sendiri. aku bersyukur kerana semua yang berlaku dan terjadi benar-benar mengajar aku erti kehidupan sebenar. klise lagi? ya aku tahu. :)
aku mahu jadi aku untuk tahun ini.

ya aku mahu jadi aku tahun ini.
:)

2011 akan lebih indah dan penuh cabaran aku pasti.
mari lakarkan sesuatu yang baru!
sesuatu yang menjanjikan senyuman sepanjang tahun.
maybe a new look perhaps?
just wait and see. :)

12 kali jam di ruang tamu rumah aku berbunyi, jam tepat 12.00 tengah malam.
Selamat Tahun Baru semua.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
:)




"We will open the book. Every pages are blank. We are the one who are going to put words on them ourselves. The book is called Opportunity and its first chapter is New Year's Day. "
-Edith Lovejoy Pierce

2 ulasan:

Shaofie berkata...

happy new year.
anda kena tagged contest.

http://shaofie.blogspot.com/2011/01/contest-fesyen-untuk-semua.html

Shikin Ismail berkata...

kalau x post model boleh ke?