worm and love story


*amaran! entry agak panjang. biasalah. emosi.*


so yeah semua macam nak merajuk dengan aku. bila aku cakap semua, maksudnya aku refer pada perkakas-perkakas keliling aku. laptop, scooter, cermin mata, contact lenses, dan juga earphone. sedih. semua nak rosak serentak. lagi-lagi benda kesayangan iaitu scooter dan laptop. oh dan juga contact lenses. memang tak dapat hidup tanpa benda-benda ni. nasib baik ada Yebby sebagai kekasih baru .

Enchik Rio


Pinky Pony

*the names was given masa mula-mula beli lagi. haha ya i know i kinda freak coz i named my stuff. bahaha.*


the lappy rosak disebabkan virus Tazebama.dll. vavi ke tak tazebama ni! berjaga-jagalah anda sebelum komputer anda diserang dengan tanpa belas kasihan. here some info about it.

Tazebama.dll is W32.Mazebat.B which is a worm that spreads through email, removal drives and network shares protected by weak passwords. Semua tahu kan yang worm replicate itself? berbeza dengan virus trojan dan lain-lain, worm mampu menyebarkan dengan cara replicate diri sendiri dan kita biasanya tak tahu wujudnya worm sehingga satu tahap when their uncontrolled replication consumes systems resources, slowing or even halting your tasks. kadang-kadang tu komputer akan log off sendiri, that is one of the symptoms.

in my case, tazebama ni dah serang file System32 dalam Windows so terus corrupt sampai tak boleh start langsung Windows. nak back up data untuk format pun macam vavi je sebab bila aku nak copy 160GB data tu, Windows keeps bumping with the fake folders and keep asking if i want to replace the folder with the infected one. ahh benci! kalau delete pun folder tu akan muncul balik, macam vavi tak?! sabar asikin sabar.

kalau nak tahu dengan lebih terperinci mengenai Tazebama ni, boleh tanya encik google sebab banyak sangat link mengenai simtom-simtom diserang mahupun cara-cara membuang terus dari komputer kesayangan anda.

mari bercerita pasal scooter pink tak berapa comel tu pulak. semalam masa nak balik dari kerja, aku baru perasan tayar depan kurang angin. salah, bukan kurang tapi TIADA angin. which is so weird sebab pagi tu masa datang pejabat tayar masih dalam keadaan elok. pelik kan sebab tak ada duri ke paku ke bila diperiksa.

hati ni mula berfikir jahat. tapi aku malas nak bajet hot. tapi mana la tau kan. tapi entah la. halah. ok ok aku cerita. selama aku bekerja kat Bangi Seksyen 7 tu, aku selalu park motor depan satu kedai makan. memang tu la tempat letak motor yang paling dekat. motor tu akan tersadai kat depan kedai tu dari seawal jam 8 pagi sampai 6 petang tak bergerak-gerak. kalau dah nama kedai makan, maka banyak la waiter-waiter berkeliaran.

ok sila baca cerita aku ni tanpa sebarang negative judge towards me ok.

ok sambung, kejadian ni berlaku masa bulan pertama aku bekerja kat situ. aku bertemankan seorang lagi teman pejabat pergi makan kat kedai tu sebab malas nak jalan jauh-jauh, kami pun mula beratur ambil makanan. dah duduk, tengah makan, datang seorang waiter nak kira harga makanan yang kami makan. dah habis kira terus dia cakap, "awak, ada orang nak berkenalan. nak nombor telefon boleh?" ah sudah. ni yang aku tak suka ni. aku pun cakap la elok-elok. "err..nantilah ye. tak ingat nombor telefon sendiri pulak." haha ya i know jawapan aku agak bodoh disitu. halah, kalau kau bijak, bila perempuan cakap macam tu maknanya dia taknak bagilah nombor telefon dia. faham? tapi mamat tu still tecongok kat situ. ah sudah.

tiba-tiba dia ambil kertas harga makanan kitorang dan terus ke kaunter bayaran. aku dah pelik dah. macam mana aku nak bayar kalau tak ada kertas tu kan. so bila habis makan kami pun ke kaunter bayaran, mamat casher tu tersengih-sengih cakap, "tak ape awak, dah ada orang bayarkan." pulak dah. ni first time pengalaman aku macam ni ye. biasa lah muka tak berapa nak cantik jadi pengalaman kena ngorat ni tak banyak sangat. haha. maka aku tak berapa nak pandai nak react macam mana. bila aku tanya siapa yang bayar, dia tak nak bagitau pulak. dalam hati macam, "kau nak ngorat tapi takut, duhh??" dalam hati je la kan. so aku pun cakap terima kasih and keluar dari situ.

aku tahu yang mintak nombor telefon tu pekerja kedai tu jugak. sebab dari tempat bancuh air sampai ke dapur semua pakat pandang aku. cuak ayam beb. sumpah. yang kawan aku tu pulak seronok sebab dapat makan free. cis. tu la pertama dan last aku makan tengahari kat kedai tu.

ok macam jauh je cerita skuter rosak dengan kena ngorat kat kedai makan kan? haha. sabar. tak habis cerita lagi.

since then, setiap kali aku balik kerja pekerja-pekerja kedai tu akan lepak depan kedai. ngeri ke tak? senyum-senyum in a good way and aku masih tak tahu siapa yang minat sebenarnye sebab setiap hari orang lain-lain yang akan datang untuk minta nombor telefon untuk tolong mamat ni. ada satu petang tu aku siap jumpa business card lagi kat selit kat scooter aku. dan ketahuilah bahawa tiada tempat letak motor lain kat situ. kalau ada pun kena letak kat corridor which is aku tak reti nak naik atas divider. kalau boleh park tempat lain memang aku park tempat lain. so one day aku cakap to one of his friend, "kalau betul kawan awak nak nombor telefon saya, suruh la dia mintak sendiri." ye la. macam pengecut je. i don't date with chicken. *kau bajet kau hot asikin???! haha*

so esoknya mamat tu sendiri datang untuk mintak sendiri. ok aku tak tipu, muka mamat tu memang merah nak mampus. agak comel bila tengok lelaki blushing ni. haha. "awak, saya nak kawan dengan awak. boleh tak?" aku pulak menggelabah masa tu. gile kau tak menggelabah? aku senyum pastu geleng kepala lembut. pastu dia senyum then jawab, "oh takpe la awak, tapi saya suka awak." dia senyum pastu blah dari situ. ah sudah.

and since then jugak aku tak berani nak tengok kedai tu even aku parking depan kedai diorang. semalam tayar depan pony flat terus. aku cuak dah. ada dah 2-3 pekerja dah mula approach macam nak tanya kenapa la gitu. NASIB BAIK bos aku tengah makan kat kedai tu, bos aku terus datang dan tolong. NASIB BAIK. aku isi angin dan bawa perlahan-lahan sampai bilik.

aku cerita kat ayah, ayah pun syak ada orang yang buat sebab tak logik boleh flat terus padahal pagi tu ok je. ayah kata ada motif dan logik. MAYBE dia pancitkan dengan harapan aku mintak tolong kat kedai tu. who knows kan? *kau memang bajet kau hot asikin oiiiii..haha* tapi aku tak berani nak tuduh yang bukan bukan. tak baik. jangan tuduh orang sesuka hati. pagi ni kakak aku yang hantar pergi kerja, maybe balik nanti naik teksi then baru bawak pony pergi bengkel.

emosi kan hidup aku minggu ni. dah malas nak cerita pasal kerosakan yang lain pulak. nanti bertambah emosi. ok babai.


5 ulasan:

afiqah berkata...

hehehe, comelo je laki blushing, tp kan. sampai pancitkan tayar? ohh, tak patut.

Shikin Ismail berkata...

but i'm not accusing him la kan. tak baik pulak tuduh-tuduh. tapi kalau betul macam scary gile.

Kembang Perawan 3288 berkata...

puan emo.ohoi haha mcm dalm drama pulak.aiii ko hot okeh. haha. pakai lawa2 pegi opis kot. cube skali dua pakai selekeh.org tu sweet x

Shikin Ismail berkata...

sedap gak nama puan emo. haha. takde la melawa mana pun. i never wear make up to work ok.

Tanpa Nama berkata...

Pikir saya akan komentar dan mengatakan tema rapi, apakah Anda membuatnya sendiri? Benar-benar luar biasa!.