3rd entry of the year

perlulah kan tajuk entri macam tu?? haha


anyway i still remember the first entri i wrote, bertarikh 30 Oktober 2008. emosi sungguh. eh eh dah lebih kurang 2 tahun rupanya usia blog ni. ini adalah entri yang ke-401 sejak daripada tarikh itu. tujuan asal aku buat blog ni memang untuk luahkan perasaan dan emosi. aku tak reti nak luahkan secara lisan di depan mana-mana insan samada keluarga sendiri mahupun kekasih hati. memang tak reti. maka aku buat blog ini supaya ada medium untuk aku salurkan ketidakpuasan hati, sedih, marah, gembira, segalanya. eh tak payahlah susah-susah cari-cari godek-gedok entri pertama tu sebab aku dah sorokkan atas alasan-alasan tertentu. terlalu emosi, banyak juga entri yang aku sorokkan, semua entri dari 2008 hingga entri bertarikh 5 April 2010 dulu. ok itu cerita lama mari lupakan.

bukan setakat emosi saja, ayat pun lebih ke arah sastera yang tak berapa nak sastera sangat. tonggang langgang bahasa. kalau idola aku, A. Samad Said baca mau menangis dia. ada jugak aku buat sajak bagai, sajak tak berapa nak sajak jugak la. sajak bajet best sendiri.

sebenarnya aku baru lepas godek-gedok entri lama. godek-gedok itu bukan typo, jangan salah faham. kelakar ok bila baca benda-benda lama ni. emosi tak bertempat. dah beberapa kali aku tukar nama blog ni. dari 'judi.rasa.hati' ke 'pandang.tenung.diam' ke 'ini blog katun' dan akhirnya ke 'ini blog shikin ismail'. banyak revolusinya seiring dengan warna dinding blog yang tak semegah ni. sungguh tak sangka dah 2 tahun dan masih ada yang mahu dengar luahan emosi aku. :)

aku akan cuba kurangkan entri yang beremosi tak bertempat ni. aku tau ramai yang tak suka. sesiapa pun tak suka perempuan yang asyik-asyik emo ye tak? ok rileks rileks, aku akan kurangkan dan aku akan cuba sekali-sekala tulis entri yang lebih berilmiah dan punya input tersendiri.

nak baca tak sajak yang tak berapa nak sajak aku buat dulu-dulu? aku pernah ada 2 blog, satu english satu melayu. sekarang aku gabung keduanya. nak improvekan english kena ada usaha yang datang dari diri sendri. ;) walaupun tonggang-langgang tapi tak kisah lah kan, janji mencuba.


haaaaaa nak baca tak??

halah sorry la beb. sedangkan aku baca pun dah tergelak seorang diri, jangan harap la aku nak tayang lagi.

haha oklah babai. ;)

Tiada ulasan: