blogger

aku tak pernah gelarkan diri aku 'blogger'. sebab aku rasa gelaran itu hanya boleh digunapakai pada orang yang dah lama berkubang dalam blogging ni. setakat follower secotet, memang lagilah aku tak gelarkan diri aku 'blogger'.

ada banyak jenis blogger, zaman sekarang jenisnya merangkak-rangkak dari blog ke blog dengan meninggalkan link di papan chat sambil mengajak untuk mem-follow blog tersebut. tapi aku kurang minat dengan cara ni sebab aku hanya akan follow blog yang aku minat dengan cara penulisannya. bukan dengan cara 'i dah follow u, u follow i balik ok'. aku kurang minat. ini jenis pertama.

ada jenis yang menulis blog memang hanya sekadar untuk bercerita dan meluahkan rasa. bukan niat untuk mengumpul duit mahupun follower. tapi jika ada yang follow, itu bagaikan satu bonus kepada si blogger. dia dihakimi dari segi cara penulisannya. ini jenis kedua.
banyak lagi jenis blogger, tapi semuanya mempunyai satu persamaan yang ketara iaitu berkongsi cerita. :)

ini senarai kemungkinan aku kurang minat untuk follow mem-follow ni.
mungkin sebab aku bermula dengan menulis blog atas dasar aku mahu meluahkan?
mungkin sebab aku terbiasa dengan membaca blog-blog yang namanya gah hanya dengan dasar penulisan yang bagus? contoh macam Pipiyapong, Sinaganaga, Tok rimau, Fynn Jamal, mahupun Hanis Zalikha. banyak sangat nak list. Sue Anna Joe, Pjoe, Iamstradust, Gadis Jahat, Ladynoe, or Ms Weed. ramai lagi. oh maaflah. ini je yang mampu disenaraikan, malas nak copy paste link.
mungkin sebab aku sarkastik? mungkin.

aku follow dalam diam. ya aku suka singgah menyinggah dari blog ke blog tapi dalam diam. aku jarang tinggalkan mesej di papan chat melainkan tuan punya blog pernah meninggalkan mesej di blog ini. tapi cuma mesej, untuk follow itu tidak kot melainkan blog dia memang best.

aku ulang lagi, aku menulis hanya untuk suka-suka.
tapi aku tak tipu, aku tetap mengharap follower aku bertambah dari hari ke hari.
cuma biarlah bertambah dengan kerelaan hati si pengikut itu sendiri.
kadang-kadang ada juga yang aku linkkan di facebook, tapi pada topik-topik tertentu sahaja atas niat untuk berkongsi cerita. contoh macam topik ini.
bagi siapa yang sudi follow blog ni terima kasih banyak-banyak. ;)

maaf jika ada terkasar bahasa, maaf jika ada hati yang terasa.
ini cuma pendapat aku sahaja sebab aku jenis yang kedua.
tapi aku masih ingin berterima kasih sekali lagi kepada yang masih sudi berada dalam kotak pemikiran perempuan emosi ini.
i leb yu lah. :)


6 ulasan:

Shaofie berkata...

woiii.. terasa kottt... aku pukoi kanggg... :(

Shikin Ismail berkata...

haha. i kan antara pollower u paling lama. best baca macam ala-ala sajak dulu2. :)

HEROICzero berkata...

haa betul2.. ni aku suka. kalau follow sebab nak aku follow balik, x dapek laaa.

*lebih baik kita benar2 "follow" dari sekadar appear follow kat kotak kecik followers tuh.

heh.

=)

Shaofie berkata...

lu langsi lu mati lah!!!

Shikin Ismail berkata...

adil : yup setuju. sangat setuju.

sopi : haihlah gaduh pulak. sabar sabar.

HEROICzero berkata...

hai sopi, jangan lah marah. abang lupa nak follow sopi balik. later2 yea?

xoxo,
HEROICzero