current fav song.


mata tua yang memandang aku itu
bundar
pudar

dia tak mahu bilang
apa yang mencengkam jiwa usangnya
biar
katanya biar

wahai ayahanda
berhentilah walaupun sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
berikan jerihmu
kisahkan penatmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa dewi itu
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan
biar
katanya biar

wahai ayahanda
bisikkan walaupun sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

apa masih ingat lagi?
aku suka lari-lari
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan

apa layak aku bagi
tak terbalas sampai mati
kau sanjungku paling tinggi
istanamu syurga nanti


Tiada ulasan: