Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un


dalam satu hari aku dapat banyak berita sedih. pagi tadi, aku mimpi sesuatu yang buruk berlaku kepada ayah. sedar-sedar terjaga dari tidur, aku sedang menangis teresak-esak. takut. terus aku capai telefon, terus aku dail nombor ayah. sumpah aku takut, teringat saat mandikan arwah mak dulu. Ah! mimpi itu semua mainan syaitan! kan?

apa-apa pun, aku ingin ucapkan takziah buat Azira Omar. takziah atas kemalangan kakak ajie. semoga Allah permudahkan segala urusan. ajie kena tabah, insyaAllah kakak ajie kuat untuk tempuh dugaan ni. Allah sedang menguji. Insyaallah kakak ajie akan cepat sembuh. ok? :)

buat Najiyyah Sirajuddin, takziah atas kehilangan datuk yang telah pergi menghadap Ilahi. Al-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

buat warga/bekas pelajar MRSM Langkawi, mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Cikgu Afizan bin Arsat. khabarnya arwah telah menghembuskan nafas terakhir pada petang tadi akibat daripada serangan jantung. Al-Fatihah. siapa yang mahu tau lebih lanjut, sila klik SINI.


Maksudnya : Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Ya Allah, ya Tuhanku! Catitkanlah dia di sisi Engkau antara orang-orang yang baik, dan jadikanlah catitan amalannya dalam golongan orang-orang yang di tingkat tinggi, dan gantikanlah apa yang baik bagi kaum keluarganya yang ditinggalkan, dan janganlah Engkau haramkan kami dari pahalanya dan jangan Engkau memfitnahi kami sesudah kepergiannya.


Amin.

6 ulasan:

Kembang Perawan 3288 berkata...

ALFATIHAH

Tanpa Nama berkata...

inalillahiwainnailaihirajiun..

Mie Bulu berkata...

al-fatihah..

HEROICzero berkata...

Al-Fatihah.

=.=

senyumSOYA berkata...

alfatihah...
akak...

ajie tu dak satu kuliah ngn kite kan??

salam takziah kat akak dia..

AziraOmar berkata...

terime kasih ikin.. Alhamdullilah kakak dah sedar. petang semalam kakak dah keluar dari icu & dipindah ke wad biasa. keadaan kakak stabil. semoga kakak akn terus kuat untuk menjalani beberapa pembedahan lagi.. ajie & keluarga ucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan. terima kasih dari kami sekeluarga. smoga Allah membalas kebaikan kalian kelak. InsyAllah.


senyumSOYA: ea~ ajie la ni~