gambar passport??


i have this crazy-silly-best-listener-not-so-handsome-bestfriend buat kontest kecil-kecilan kat facebook. aku tak paham kenapa dia panggil kontest padahal tak ada hadiah pun. kontest sepatutnya ada hadiah havoc havoc masyuk masyuk. kan sopi kan? ok kontest yang telah berlangsung bermula jam 4.00 petang hingga 6.00 petang itu adalah bernama

"Siapa berani letak gambar passport sebagai profile picture?"

haa lebih kurang gitulah bunyi tajuk kontest dia. halah biasa-biasa je. lain kali kasik nama kontest gempak gempak sikit macam

"Siapa berani letak gambar passport sebagai profile picture macam gambar gorgeous Shikin Ismail?"

haaaaa kompem ramai join kontes kau.

ok ok. maka dengan semangat kebestfriendnan yang tinggi aku tanpa segan silu meletakkan gambar hodoh simpanan peribadi untuk dijadikan tatapan umum. gambar tahun satu masa mula-mula nak masuk universiti dulu. haaa amik kau. dulu kan zaman suka-hatilah-aku-nak-makan-nasi-5-pinggan-pun-asal-kau-sebuk, maka gambar kelihatan seperti dipam-pam macam kuih apam tak cukup masak. muka bersih dari sebarang alat make up tuan tuan dan puan puan.



sumpah asal kau gi print screen wahai Amad Saupi Amir Sah!! tengok aku terpaksa letak dalam blog sendiri supaya kelihatan cool seperti tak kisah tayang muka buruk dalam blog. haaaa tapi tak apa, kau tetap bestfriend gedik-gedikku, maka kalau ada kontest lain sila lah ajak lagi.

ok sampai disini saja. babai. ;)

p/s : oh ya, mahu ke blog amad saupi? ok tekan bawah ni.



2 ulasan:

arbivirus 3288 berkata...

kan cntik. xyah pki eyeliner dah

Shikin Ismail berkata...

haha.;)