marriage


mari berbincang tentang perkahwinan. oh disebabkan ini merupakan komunikasi satu hala maka lagi bagus kalau perkataan "berbincang" ditukar kepada "memberi pendapat" terhadap alam perkahwinan.

secara jujurnya, perkahwinan memang merupakan satu isu kegemaran kalau pulang ke rumah di ipoh, tapi isu itu bukan ditujukan untuk aku tetapi ditujukan kepada kakak aku, ye, kakak debus aku tu. umurnya sudah mencecah 25 tahun. pada aku umur itu masih muda. banyak lagi pengalaman hidup yang belum dirasa. secara peribadinya, aku menganggarkan umur 27 adalah umur paling sesuai untuk berumahtangga. tapi bukan bermaksud aku anti kahwin muda. bukan. jangan salah faham. :)

ini perkiraan aku,
habis spm : 18 tahun
habis belajar dalam negeri : 22-23 tahun
kalau tak sambung belajar, dah mula bekerja : 23-26 tahun

bekerja 4 tahun itu pun belum tentu dapat kumpul duit beli rumah dan kereta dan bagi duit pada ummie ayah.

bagi lelaki, kumpul duit itu penting. tanggung keluarga sendiri terlebih dahulu itu penting.
lagi-lagi buat anak-anak lelaki harapan keluarga. semua itu penting.

itu belum kira pada siapa yang mahu sambung master dan PhD secara terus-menerus selepas degree. jangan tak percaya. ada yang buat gila sambung secara terus-menerus tanpa berehat.
terpulang kepada minat masing-masing.

perkiraan itu juga tidak sesuai diaplikasikan bagi sesiapa yang belajar di luar negara.
situasi dan kepentingannya berbeza. jauh berbeza.

perkiraan diatas hanya sesuai untuk gadis melayu tipikal seperti aku. yang belajar tamat sampai degree, dalam negeri. tipikal melayu kini. setuju?

bagi aku, umur 27 adalah umur yang paling sesuai untuk berkahwin. jadi aku tak suka bila ada yang memaksa untuk mendirikan rumahtangga sebelum waktu matang aku. ah. aku tak suka dipaksa.

ok jangan salah faham, buat masa sekarang tiada siapa yang memaksa, aku cuma meletakkan diri dalam situasi kakak aku. ye sekarang dia tertekan dengan keadaaan sekeliling yang memaksa die berkahwin.

jangan tak percaya, sudah ada yang mencarikan calon untuk kakak aku.
Bakal imam, umur 37 tahun, duda tiada anak.

sumpah la kan kakak aku tak terima. bukan sebab bakal imam. bukan sebab umur 37 tahun. bab duda tu yang tak sanggup nak terima. biasa lah, masing-masing punya citarasa masing-masing.

kakak aku cantik. putih. paling putih antara kami 4 beradik. kulit licin. gigi tersusun cantik, bukan macam gigi aku. ada kerjaya. cuma agak chubby. bukan agak, memang chubby.
tapi tak kisah la kan? yang pasti bukan sampai tahap perlu kahwin tangkap muat.
sabarlah, sampai jodohnya nanti kahwin lah dia.

ok itu pendapat aku.

tapi secara jujurnya, aku tak berharap pada perkahwinan lagi seperti yang aku pernah harap dan idam-idamkan dahulu. sekarang aku sudah berubah. manusia berubah bukan?

keinginan untuk aku berkahwin telah tutup. takut pada manusia yang bukan 'sekaum'.
jujur dari hati, aku takut.
takut aku nak berkongsi hati dengan kaum bernama lelaki.
sumpah aku takut.
aku takut cerita dulu berulang. aku tak nak.
jadi aku ambil keputusan untuk berhenti.

perkahwinan mungkin bukan untuk aku, tapi pada kamu kawan-kawan yang bakal melangsungkan perkahwinan, aku doakan bahagia buat kalian.
semoga cinta sampai ke syurga.
:)

aku pernah cerita pada ummie tentang majlis perkahwinan idaman aku.
tema merah putih.
warna kesukaan.
ah itu semua cerita dulu. sekarang tiada lagi.
mari lupakan.
;)


9 ulasan:

fara razi berkata...

bile jumpe yang betul, pasti hati itu akan terbuka kembali..

don't worry, take ur time, and doa pada Allah semoga dapat yang paling sesuai utk katun.

:)

mya myshikin berkata...

walawehhh..
nak kawen jugak !!
;p

HEROICzero berkata...

macam best sangat kawen... >___<

Shikin Ismail berkata...

fara : thanks dear.
tapi..
untuk mencari tu, pastinya tidak.
menunggu pun tidak.
kalau ada yang datang meminang, baru difikir-fikirkan. ;)

shikin : ok awak kecik lagi. gi study! hehe ;p

adil : memang best! kau bile nak kawen? aku tunggu je nih dapat kad jemputan. :)

De'din berkata...

esok dedin kawen !
hihi

Shikin Ismail berkata...

serius ke din??

selamat pengatin baru De'din!!
semoga cinta sampai ke hujung nyawa.
amin.
:)

Kembang Perawan 3288 berkata...

cekal nye ekin.
kalo ko kawen . n bercinta selepas kawen boleh. mebi dpt lupekan msalah lepas. biar padan muka laki yg penah sakitkan hati ko b4 nie.
sekian. :)

ajjah berkata...

merah putih? me too.. :)

Shikin Ismail berkata...

arbi : hehe. bercinta lepas kawin, mmg menarik. suka! :)

ajjah : cantik kan tema tu! :)