i wish





how i wish i had more time.





ramble mamble #3

aku ada satu habit pelik. aku jenisnya suka terjaga malam. kadang-kadang terjaga sebab nyamuk. aku tidur memang tak pernah tutup tingkap. aku suka biarkan terbuka. sejuk sikit. kadang-kadang tu terjaga sebab bising. kadang-kadang terjaga sebab mimpi bukan-bukan. kadang-kadang terjaga sebab sejuk sangat. tapi kadang-kadang tu kalau penat sangat memang tidur mati letak bom sebelah pun tak terjaga.

dulu zaman ada cinta dalam hati dulu, kalau terjaga malam memang aku akan gagau capai phone then call si cinta hati biarpun pukul 3 4 pagi. memang dah terbiasa. tapi sekarang ni dah tak ada orang untuk aku kejut pagi-pagi untuk teman aku kalau terjaga dari tidur.

jadinya, untuk mengatasi masalah ketakutan di tengah malam tu, mula-mula aku akan bangun dan bukak lampu. biar cerah. then aku akan online. aku layan orang kat facebook, kalau tak pun aku akan update blog. macam sekarang ni. merepek meraban sampai hilang takut. then aku akan sambung tidur.

kalau dekat rumah, kadang-kadang aku tidur dengan ummie. kalau terjaga tu takkan lah aku nak bangun and gagau laptop nak online pulak kann. jadinya kalau terjaga, aku akan main game dalam handphone. main sampai hilang takut. then aku akan sambung tidur.

sekarang pukul 3.49 pagi.
terjaga sebab sejuk sangat.
oklah. dah hilang rasa takut. jom sambung tidur balik.
selamat malam.



hey you!



"Please don't claim yourself to be gentleman just because you treat your girlfriend nicely.

Wanna be a REAL GENTLEMAN?

Treat EVERY WOMEN around you good."

(Hani Maldini, 2011)



wordless wednesday - things i'm gonna miss




















grow up will ya?

aku faham zaman sekarang bebudak dah makin maju. macam-macam bahasa pelik diorang guna. aku tak kisah sangat la. halah budak sekolah, biasalah. baru nak kenal dunia.

TAPI

aku paling menyampah bila manusia yang dah berumur lebih 20 tahun tapi still tulis perkataan dalam mesej atau di facebook atau di blog mahupun di myspace tulis macam ni :

TuliSaN KaLaU BoLEh nAk KeCik BesAr KeciK BeSaR. Tak PeNat Ke TeKan ShiFT??

ha klaw boleyy tuwlis cam tapewna pegiww skwel @ sekowla..ejeww elox2 taboleyy?? gedix na mamposss. syaye ta cuke taww..eeclass ni.. raseww cam nak gax lempang sekow2. *muntah*

yg shrtfrm telbey ni pn ak nymph. klu ble nk buang smue hrf. wtf btl.

kalaujenistulismalastekanspaceniakubolehterimalagitapilamalamabacamemangsakithati!



tolong lah. tulis elok-elok tak boleh ke? tak payah nak bajet comel sangat la tulis macam tu.
seriously.
aku memang menyampah.

ramble mamble #2

esok ada exam paper keusahawan. jam 8.30 pagi. sekarang dah pukul 11.30 malam. aku sepatutnya dah tidur sekarang sebab nak bangun awal pagi. tapi tadi baru dapat call dari Alang. terus tak dapat tidur. 2-3 hari ni otak memang asyik teringat 'cerita dulu'. haih. kalau perasan, hari ni aku dah post 4 entri. maksudnya emosi aku tengah tak stabil. haih. kenapa la tangan ni gatal nak godek-godek 'benda lepas'. sekarang dah sakit sendiri.

that's why aku decide nak merepek sikit malam ni, biar aku tidur tenang.

aku bersyukur sebab semua berjalan lancar. aku bersyukur sebab yang lain dah jumpa jalan yang lurus. 'yang dulu' semakin kehadapan dan tenang. tinggal aku terkontang-kanting sendiri. tak apa, suatu hari nanti aku akan cuba kejar. suatu hari nanti. aku bukan lagi aku yang setahun dulu. aku akan kejar.

mesti ramai yang tak faham apa yang aku merepek malam ni. 'benda lepas' lah. 'jalan lurus' lah. 'kejar-kejar' lah. kejadah apa ntah? kan? heheh. tapi aku tak berminat untuk ulas lebih detail. biar jadi tanda tanya. kalau ada yang faham, pura-puralah tidak faham. tipu aku. ok? :)

aku harap aku mampu. doakan aku mampu, ya?

oklah mahu tidur. esok final exam. babai.

dengar satu satu



sepertinya aku ini jalan yang kosong
sepertinya aku ini kaca yang bolong

dan sepertinya tak ada siapa yang melihat aku disini
dan sepertinya ada cahaya bila aku terus terbang tinggi ke atas langit jingga

sepertinya aku ini terhukum oleh tuhan kerna aku ini penuh dengan benci
sepertinya takkan ada sesiapa yang sudi bersama aku untuk memahami

sepertinya aku dipaksa untuk mati dan terus dihempas jatuh tak berkebumi
sepertinya takkan ada siapa pun yang sudi bersama menemani aku sampai pagi

kerna yang kau mahu sebenarnya ada peneman yang memeluk jiwa aku
yang meneman aku sampai biru

kerna aku begitu ingin merasakan dicinta seseorang itu
sepertinya aku ini bolong, kosong, lohong, semuanya
itu semuanya aku

kenapa aku ini tak bisa untuk menyedari yang aku ini tetap bukan siapa-siapa?
sepertinya
sepertinya

sepertinya aku ini debu yang tak punya harga apa
sepertinya aku angin yang tiada
sepertinya aku ini wujud tanpa adanya apa makna

maka untuk apa aku disini?




p/s : mengingatkan aku dengan hidup aku dulu. zaman rebellious dulu. :)


3 years of joy.


p/s : rasa macam nak buat akaun TUMBLR. should i or shouldn't?


Hey single ladies!

cold hearted



i wish someday your feet fits her shoes.
so you could feel the pain of love.
so you could stop mocking other people down just because you get what you've got.
i wish.
someday.
may God bless you.



family matters

don't be sarcastic just because you can. don't ever talk like we never invite you or we never try to be close to you as you are the one who always wanted to be left alone. it's funny though, the way you said those words. it was like, we are the one who pushed you away. as the matter of fact, we are the one who show efforts to be as a family while you don't.

it is fine when you decided to stick with your decision.
it is fine because you are being you. we are totally fine with that.

so you don't have the right to label others just because we are not in the same boat.
we are being who we are.

so please, don't be sarcastic just because you can.
just walk away like you always do.



you don't know me


"If someone wants to bring you down, it means you are on the higher ground."




everyone has a secret they haven't shared.
everyone has a past no one's heard about.
everyone has talent that people don't notice.
everyone has weaknesses hidden inside.
everyone has a story left untold.

never start judging someone by thinking you know them back to front.

because the truth is, you probably don't.




rezeki biar halal



jijik.








sumpah jijik.



Cinta sempurna

Allah hamba ini harap jangan dihadirkan ujian pada ku untuk menguji kesetiaanku pada bakal imamku.

Allah hamba ini letih yang datang hanya menganggu dan menggugat kesetiaanku pada bakal imam ku.

Allah hamba ini pohon hindarlah cinta nafsu yg menjejaskan mahar buat bakal imamku.

Allah hamba ini tidak mampu menempuh bila hati ini Engkau gerakkan kasih pada yang bukan halal bagiku.

Allah hamba ini tidak mengetahui siapa bakal imamku oleh itu permudahkanlah diketemui agar tidak berlaku kasih atas nafsu.

Allah hamba ini ketahui sayang kasih itu fitrahku namun hamba ini pohon biar kasih dan sayang ini Engkau tempatkan pada yg sepatutnya yang telah ditentu olehmu.

Allah hamba ini akan merasa seribu penyesalan jika tersalah kasih diberi.
Maafkanku wahai bakal imamku.
kemungkinan ujian untukku sebelum sampai kasihmu.

Allah berikanlah aku kekuatan untuk terus setia menanti bakal imamku yang bakal menjelma dalam hidupku.

p/s : wahai sahabat ku Helma, izinkan aku sebar kata-katamu.


ramble bamble #1

hello all!!! pergh sejak bila berhello-hello ni ntah. ok whatever.
how's your week?? mine is chaos!! exam final year ni wehh. thesis bagai. memang semput.

oh by the way, pada yang tertanya-tanya tentang masalah aku postkan entri bawah ni, jangan risau. aku bukan emosi pada korang. aku emosi kat seorang kanak-kanak ni. dia cari gaduh dengan kawan aku. aku malas nak cakap banyak. pape pun biarlah kanak-kanak tu dengan mainan dia. kalau benar dia matang, kalau benar maruahnya tinggi, kalau benar levelnya diatas, dia tak akan melatah sampai begitu sekali. :)

eh eh kenapa ntah aku cerita pasal dia. dah dah tak mahu cerita pasal ni dah.

mari bercerita pasal kehidupan aku yang tak berapa bulan sangat tinggal kat UKM ni.
yes i am going to graduate baby!! oyeah!

insyaAllah viva dalam awal bulan 5 kot. takot takot. thesis tak siap lagi. (-_-") pergh sejak bila beremoticon-emoticon bagai ni ntah. heh.

so the plan is, right after habis exam, tumpukan perhatian pada thesis. pulun thesis biar sampai muntah darah. lepas selesai semua dan bila secara tak rasminya dah bebas dari universiti aku akan mula langkah untuk mencari kerja. takkan nak harap mak bapak tanggung pulak kan, dah la sepanjang belajar diorang dah tanggung. dah habis belajar biarlah aku tanggung sendiri hidup aku. ye dak?

oh aku dah daftar satu kursus untuk mantapkan lagi resume aku. kursus ni bermula tengah bulan May nanti. kursus free sebab daftar atas tiket student UKM, tempat tinggal dan lain-lain atas tanggungan sendiri. suppose to be kursus tu harga dalam RM15 000 SEORANG gitu. kursus subjek bagus kot, mana tak mahal. antara yang kursus yang ditawarkan macam

- Microsoft Certified Professional Developer (MCPD)- ASP.NET Developer 3.5,
- Oracle Database 11g Administrator Certified Associate (OCA),
- EC-Council Network Security Administration (ENSA),
- EC-Council Network Security Security Specialist (ECSS)
- IBM Certification : Database Administration (IBM:DBA)

banyak lagi. malas nak tulis. heheh. ada jugak dia tawarkan kursus Autocad, Adobe, Autodesk bagai tu. tapi aku rasa yang ni kita boleh godek-godek sendiri. cari tutorial. lama-lama pandai punyalah. :)

mulanya aku pilih ENSC which means akan belajar ENSA atau ECSS. tapi malangnya tak ramai yang mohon kursus ni. bagi kursus yang pemohonannya kurang dari 25 orang, kursus tu akan dibatalkan. lepas tu pilihan kedua aku ialah IBM:DBA tapi nasib masih malang bila kelas tu dah penuh pulak. sedih ke tak. tapi kami buat pemohonan untuk buka kelas IBM yang kedua. insyaAllah akan dapat. mari doa bersama! :)

bagi yang tahu bidang IT ni, mesti ada yang tanya kenapa aku tak pilih Oracle atau ASP.NET kan? lagi mahal kot resume kau nantiii?? haaa sebabnya aku rasa tak mampu. kursus makan masa dalam 2 hingga ke 3 minggu. pada aku masa tu singkat kot nak belajar benda berat macam tu. ini alasan aku. sebab aku tahu level aku.

eh rasa macam banyak pulak menaip hari ni. eheh.

lepas aku habis ambik kursus tu nanti aku akan cari rumah area Equin Park dekat Seri Kembangan dan akan menetap di situ untuk terus cari kerja. doakan segalanya berjalan lancar. ok? kita cuma merancang, Allah yang menentukan. kan? :)

Semoga Allah permudahkan segalan urusan. amin.

SELAMAT BEREXAM DAN BERVIVA SEMUA!!

hello you! *updated*


the world does not revolve around you. so wake up!!
next time you point a finger, i'll point you to the mirror.





oh by the way dear,
being all bitchy about others will not make you a winner.
somehow, you just proved that you are the BIGGEST BIMBO LOSER.

eh. no.

DOUBLE LOSER.

p/s: don't try to be a bitch when you can't settle with one. :)


**update :
dang! now you pretending like you are the victim, girl?? so pathetic.
baru kena hembus sikit dah, "wat happen, i must be strong." seriously!??
selama ni bila senyap, kau cerca kau hina. bila balas, kau kata kau mangsa. wah. bravo.
we are not going to play along with your pathetic game. it's just a waste of time.
the truth will come out eventually. you may have a pretty face, but it takes more than just faces to be beautiful.


sorry for the previous post



entri sebelum ni aku dah delete.

biasalah. perempuan. ada masa dalam sebulan selalu berperang, baling pinggan, terpekik terlolong marah-marah. biasalah.

bagi yang lelaki tu mesti cakap, "halah alasan perempuan, semua nak salahkan hormon. padahal memang perangai macam tu."

well if only you can be a women for just a day, PMS day. let see what you are gonna say about that. :)

oh sekarang tengah craving for these.







i do love salmon sashimi more than anything!

jom makan!
:)








yes you are



"Jangan terlalu menongkah kepala ke langit, sampai cacing di tanah tak nampak."
- (F. Mohamad, April 2011)



kadang-kadang kita lupa, ada yang Lebih Berkuasa.

dunia ni kecil, johor selangor tak jauh mana. pahang tu cuma sekangkang kera.
jangan mencabar. kita bukan orang gua.
kalau benar berani, kenapa sampai 'menghilang' 'menyorok muka' di laman sana.
tak perlu mendabik dada kalau setakat melalak melaung jaguh di kampung sendiri.
awak, kita ni dah dewasa.
mari berkenalan?

:)

Hey Little Devil




Dear you-know-who-you-are,




Happy 23rd Birthday my friend!



Sincerely,
Your-used-to-be-best-friend.

Jar Of Hearts

I know I can’t take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
Don’t you know I’m not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live, half alive
And now you want me one more time

Who do you think you are?
Running round leaving scars
Collecting a jar of hearts
Tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don’t come back for me
Who do you think you are?

I hear you’re asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live, half alive
And now you want me one more time

Who do you think you are?
Running round leaving scars
Collecting a jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don’t come back for me
Who do you think you are?

It took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises
And now you’re back
You don’t get to get me back

Who do you think you are?
Running around leaving scars
Collecting a jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don’t come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un


dalam satu hari aku dapat banyak berita sedih. pagi tadi, aku mimpi sesuatu yang buruk berlaku kepada ayah. sedar-sedar terjaga dari tidur, aku sedang menangis teresak-esak. takut. terus aku capai telefon, terus aku dail nombor ayah. sumpah aku takut, teringat saat mandikan arwah mak dulu. Ah! mimpi itu semua mainan syaitan! kan?

apa-apa pun, aku ingin ucapkan takziah buat Azira Omar. takziah atas kemalangan kakak ajie. semoga Allah permudahkan segala urusan. ajie kena tabah, insyaAllah kakak ajie kuat untuk tempuh dugaan ni. Allah sedang menguji. Insyaallah kakak ajie akan cepat sembuh. ok? :)

buat Najiyyah Sirajuddin, takziah atas kehilangan datuk yang telah pergi menghadap Ilahi. Al-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

buat warga/bekas pelajar MRSM Langkawi, mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Cikgu Afizan bin Arsat. khabarnya arwah telah menghembuskan nafas terakhir pada petang tadi akibat daripada serangan jantung. Al-Fatihah. siapa yang mahu tau lebih lanjut, sila klik SINI.


Maksudnya : Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Ya Allah, ya Tuhanku! Catitkanlah dia di sisi Engkau antara orang-orang yang baik, dan jadikanlah catitan amalannya dalam golongan orang-orang yang di tingkat tinggi, dan gantikanlah apa yang baik bagi kaum keluarganya yang ditinggalkan, dan janganlah Engkau haramkan kami dari pahalanya dan jangan Engkau memfitnahi kami sesudah kepergiannya.


Amin.

ternyata kau sudah lupa

kau lupa,
dulu waktu kau susah, kau cari siapa?
dulu waktu 'kaki' kau patah, kau cari siapa?
dulu waktu kau gigil lapar, kau cari siapa?
dulu waktu kau berada paling bawah, kau cari siapa?

sekarang bila sudah ada teman gelak ketawa,
sudah jumpa 'tongkat' baru menampung dunia,
kau lupa pada orang yang dulu kau cari meraba.

kawan,
Tuhan Maha Kuasa.
Semoga kau berbahagia hendaknya.

current